AGAR2 GULA PERANG
8 cawan air
5 helai daun pandan
300 gm gula perang,saya pakai chap bintang
100 gula,atau pun secukup rasa
Secubit garam
30 gm agar2 direndam semalam
500ml santan pekat
2 biji telur
Acuan agar atau pun tin 4 seg
1. Masuk agar2 dan daun pandan kedalam periuk dan masak hingga agar2 hanchur. Masuk gula,garam dan gula perang. Masak hingga gula cair.
2. Masukkan telur dalam santan dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
3. Buangkan daun pandan dan tuangkan santan sambil dikacau hingga sebati masak 1 atau 2 minit.
4. Tuangkan dalam acuan dan biarkan beku masuk kedalam peti sejuk.