UPAM BERAS
200 gm beras,rendam 10 mint lepas tu tapis dan keringkan sedikit. Kisar menjadi tepung tapi kasar ( ini kena pandai tak boleh kisar halus) . Ketepikan.
100 gm kelapa parut putih.
1 biji bawang besar,dipotong halus.
1cm halia,dicencang
50ml minyak*
2 s/t minyak kelapa*
2 s/t ghee*
11/2 s/t kadalai paruppu
1 s/t biji sawi
11/2 s/t ulutham paruppu
2 tangkai daun kari
½ s/t serbuk asafetida
2 tangkai chilie kering,dipotong
2 tangkai chilie hijau,dipotong
Garam secukup rasa
Sedikit gula jika suka
550ml air
1. Panaskan minyak dalam periuk pressure cooker dan masuk bahan * tumis sebentar. Masuk bawang,halia,chilie kering,chilie hijau dan daun kari. Bila bawang menjadi sedikit perang masuk kelapa dan serbuk asafetida kacau sebati.
2. Dan tuangkan air and kacau rata. Bila air mendidih masukkan garam dan gula kacau rata dan masukkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau selalu sampai sebati.
3. Tutup periuk pressure cooker dan masak hingga satu whistle buka periuk selapas 15 mint. Kacau rata dan hidangkan dengan the atau kopi panas.