KUIH LAPIS TEPUNG UBI



KUIH LAPIS TEPUNG UBI

375 gm tepung ubi

175 gm tepung gandum

200 gm gula

5 cawan santan,dari 1 biji kelapa

½ s/t garam

1 s/t esen rose

Pewarna  pilihan sendiri

Loyang 4 segi 8x8 yang di sapu dengan minyak dan alas dengan plastic.

1.    Masukkan tepung ubi.tepung gandum,gula dan garam dalam mangkuk.

2.    Tuangkan santan sedikit demi sedikit dan gaul rata dan tidak berbintil. Tapis kedalam bekas lain.

3.    Bahagikan adunan menjadi 7 bahagian 1 bahagian 250 ml atau pun satu cawan. Warnakan dengan warna yang disukai. 

4.    Masukkan Loyang ke dalam kukusan. Tuang 1 cawan adunan dan kukus selama 5 minit. Ulang proses hingga habis 7 lapisan.

5.    Setelah siap,sejukkan kuih lapis sebelum dipotong.




Add caption

Subscribe to receive free email updates: