SERI MUKA TANPA TELUR


SERI MUKA TANPA TELUR

Recipe asal dari KAK SUZANA SHANAMIDOM

500 gm beras pulut

21/2 cawan santan cair

1 s/m air daun pandan

11/2 s/t garam

Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam. Basuh dan toskan sehingga air kering.
Masukkan kedalam Loyang dan masukkan santan dan garam kacau rata dan kemudian kukus selama 30 minit.
Apabila pulut sudah masak,angkat dan gaul sehingga sebati. Masuk kedalam Loyang 10x10 and disapu minyak dan dialas dengan plastic tekan padat.ketepikan

11/2 cawan tepung gandum

2 s/m tepung beras

2 s/m tepung jagung

1 cawan gula ( saya kurangkan dan guna ½ cawan jer)

1 cawan air daun pandan,potong halus 8 helai daun pandan dan kisar dengan air.

2 cawan santan pekat

Sedikit warna hijau

½ garam atau secukup rasa

Campurkan semua bahan diatas dan kacau hingga sebati. Dan tapis tuangan kedalam periuk dan kacau baru potong.hingga naik wap. Tuangkan ke atas pulut dan kukus hingga masak. Tunggu sejuk 




Subscribe to receive free email updates: