Assalammualaikum, salam semua. Jika diizinkan Allah swt, dua hari lagi akan tiba bulan Ramadan dan umat Islam mula menjalankan ibadah puasa. Biasanya kalau bulan puasa, kita lebih suka menikmati pencuci mulut yang segar dan nyaman. Kali ini Che Mat akan kongsikan resipi tradisi orang Peranakan Cina iaitu 'kuih ee'. Kuih ini selalunya dibuat ketika mereka meraikan perayaan 'Tang Check' dan turut disajikan ketika majlis perkahwinan. Walaupun ia bukan kuih-muih orang Melayu, kuih ee sudah diterima dan menjadi salah satu hidangan pencuci mulut masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Apa yang istimewanya kali ini kuahnya Che Mat menggunakan minuman laici Yeo's yang sudah pasti dijamin halal. Biasanya kuih ee asli dimakan bersama air gula yang dimasak dengan daun pandan dan halia. Jika suka, minuman laici Yeo's juga boleh kita masak dengan daun pandan (tak perlu taruk halia) untuk mendapat aroma yang lebih wangi. Tapi Che Mat hanya sajikan begitu sahaja, namun rasanya tetap sedap dan menyegarkan...
Kuih ee boleh kita siapkan awal, tutup dengan plastik bersih dan simpan dalam peti sejuk. Bila sampai masa nak makan, rebus hingga masak dan boleh hidangkan dengan minuman laici Yeo's sebagai kuahnya. Lari dari kebiasaan, kuih ee, Che Mat masukkan inti kacang tanah yang telah digaul dengan susu pekat manis. Dan kuahnya minuman laici Yeo's ditambah kiub ais. Kalau dah nama bulan puasa, pasti yang sejuk dan dinginlah menjadi pilihan, betul tak? Hidangan ini untuk 4 hingga 5 orang...
Seperti kita sedia maklum, Ramadan bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Yeo's dengan kempen 'Berkat Dirasa Bersama' menggalakkan kita berkongsi rezeki dengan saudara-mara, sahabat handai dan mereka yang memerlukannya. Yeo's ingin menjadikan Ramadan yang keberkatannya dapat dikongsi dan dirasai bersama dengan minuman dan produk-produk Yeo's. Pada semua umat Islam, Che Mat ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan, moga puasa kita diterima dan diberkati Allah swt....aminn....Jomm kita semak resipi pulak...
2 kotak minuman laici Yeo's ( 250 ml setiap 1 kotak)
1 cawan tepung pulut
125 ml air suam (1/2 cawan)
Secubit garam
Pewarna makanan (merah, hijau dan kuning)
1 helai daun pandan, disimpul
2 1/2 camca besar penuh kacang tanah tumbuk
2 camca besar susu pekat manis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Dalam mangkuk, satukan kacang tanah tumbuk dan susu pekat manis. Gaul rata hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bola-bola kecil sebanyak 48 biji. Simpan dalam peti sejuk sementara kita siapkan dohnya.
- Satukan tepung pulut dengan sedikit garam dalam mangkuk besar. Gaul rata dan tuang air suam sedikit demi sedikit hingga habis, sambil digaul hingga menjadi doh lembut yang tidak melekat di tangan dan mangkuk adunan.
- Bahagikan doh kepada 4 bahagian sama banyak. 1 bahagian di biarkan pada warna asal (putih), 1 lagi diwarnakan hijau, 1 lagi diwarnakan kuning dan 1 lagi diwarnakan merah. Ketepikan.
- Setiap satu bahagian (setiap doh putih dan doh yang bewarna) dibahagikan kepada 12 bahagian kecil. Isikan setiap satunya dengan inti kacang tanah yang telah disiapkan awal-awal tadi. Bulat-bulatkan seperti bebola. Buat hingga semua siap.
- Masak air, masukkan daun pandan dan biarkan hingga air menggelegak. Masukkan bebola tadi dan masak hingga terapung, biarkan 3 - 4 minit, baru dicedok keluar dan terus rendamkan dalam air ais seketika.
- Tos dan masukkan bebola tadi ke dalam mangkuk sesuai (pastikan setiap mangkuk mengandungi setiap bebola bewarna). Tuang minuman laici Yeo's secukupnya dan tambah ais kiub. Boleh hidangkan dan amat sesuai dinikmati ketika berbuka puasa nanti...Selamat mencuba!!