Assalammualaikum, salam Ramadan semua. Hari ni masuk 10 hari kita berpuasa. Dan menu mula berubah sikit2. Semalam petang che mat masak awal dan masa duduk2 tu, melawatlah blog masakan kawan2 dan ternampak satu resipi yang mudah dan paling penting sedap, iaitu puding berkuah. Kadang2 che mat malas nak buat sebab kat rumah ni tak makan sangat, kecuali kita sorang saja. Tapi disebabkan puasa dan teringin sangat, buat jugalah 1/2 dari resipi asal. Oh yea resipi che mat ambik dari blog Kak Azlita Masam Manis, di sini. Rasanya memang nyaman di tekak, nak2 bila dimakan ketika berbuka puasa. Cuma pada che mat kuah kastard tu sedikit manis, jadi kalau anda tak berapa suka manis, boleh kurangkan sedikit gula. Jika nak mencuba, che mat tuliskan resipinya seperti dibawah ini....Terima kasih Kak Ita sudi berkongsi resipi....
BAHAN-BAHAN KASTARD :-)
1 cawan tepung kastard (Bird's Custard, pilihan che mat)
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula + 1 camca besar gula (che mat bikin 1/2 dari resipi ini, jadi guna 1/4 cawan gula)
1 helai daun pandan (che mat tambah)
BAHAN-BAHAN KUAH :-)
1 tin susu cair
2 gelas air (kurang lebih 600 ml)
5 camca besar gula pasir
Secubit garam
1 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
Fruit coktail secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk kastard kecuali daun pandan. Kacau hingga semua rata, Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil dikacau hingga pekat. Masak hingg kelihatan gelombong meletup2. Matikan api, keluarkan daun pandan dan sudukan kastard ke dalam bekas2 kecil. Biarkan kastard mengeras. Ketepikan.
- UNTUK KUAH KASTARD :- Dalam periuk, satukan semua bahan2 kuah kecuali fruit coktail. Kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api kecil. Kacau rata dan matikan api. Tapis dan biarkan hilang wap panas. Sejukkan dalam peti sejuk.
- UNTUK PUDING BERKUAH :- Sediakan mangkuk sesuai, keluarkan puding dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk. Sudukan buah2an coktail secukupnya dan tuang kuah kastard yang telah disejukkan secukupnya. Boleh hidangkan, sedap dimakan sejuk...Selamat mencuba!!